Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Monday, October 4, 2010

Rumah Terbuka 1431H...

Terima kasih kepada rakan-rakan dan sanak saudara yang sudi hadir ke majlis kami.
Kami mohon maaf kiranya layanan yang tidak memuaskan. Semua yang kurang itu adalah dari kami jua, yang baik itu daripada Allah.

3. Rumah Terbukaku..3 Sept,2010-mulai 11.00 pagi berlarutan hingga 9.00 malam. 5 Jam tambahan masa daripada jadual asal (sehingga jam 4 petang sahaja). Tidak terduga hampir 100 orang datang..laksa sarawak, nasi kuning (resepi Zaleha S) dan meehon sup habis. Tak membazir..Terima kasih semua. Kebetulan pulak cuaca mengizinkan berbanding malam tadi, santai dilaman rumah dibawah rimbunan hijau... yang terlepas pandang tu mohon maaf, jangan serik..kita cuba tahun depan.


SMAIJ: Azuraidi, Abd.Ghani dan Wan Nordin



SMKKB: Normaziah dan Roziani.



OUM : Liza dan Famili serta Musdalifah......


Bersama sepupu-sepupu. Selalunya mereka ni hadir dipenghujung majlis. Barulah boleh sembang panjang-panjang.


2. Rumah Terbuka Penduduk Jalan Jelutong.(2 Sept,2010)
Ini kali kedua aku menyambut majlis ini sejak menjadi ahli kariah sini (tahun kedua). Majlis ini dilakukan secara gotong royong. Macam suasana kampung..yang mengekalkan budaya ini. Tahun lepas dianggarkan 500 orang menghadirinya. Memandangkan sambutan hangat, kami menjangkakan pada tahun ini 600 orang akan hadir (bergantung pada cuaca). Namun sehingga jam 10.00 malam tidak kurang 300 hadir, hujan turun dengan lebatnya sehingga 11.00 malam hujan mulai reda...kami pun tutup kedai..


Penyediaan lemang...



Anak-anak kejiranan yang ringan tulang. BBQ ini mereka yang control..


Mereka yang susun atur kerusi meja...memang rajin.



Bersama jiran dalam penyediaan meehoon sup


Kaum ibu menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Semua urusan memasak dan cuci periuk belanga dilakukan oleh kaum lelaki.


Antara tetamu yang terperangkap dalam hujan lebat...


Antara yang hadir memenuhi kawasan.


En. Shah dan En. Wan (tenaga penting majlis) sibuk melayani permintaan teh tarik.


---bersambung.

Wednesday, September 29, 2010

Menjadi teka-teki..SMAIJ 89

Entah kenapa,tiba-tiba aku teringatkan kenangan semasa diasrama SMAIJ 1989. Banyak kenangan suka duka yang terpahat disana meskipun cuma 2 tahun sahaja aku belajar disana.


Pihak pengurusan telah merancang untuk mengadakan Hari Terbuka Asrama. Kami seronok kerana inilah peluang ibu bapa boleh menziarahi kawasan asrama dan melihat kemudahan yang disediakan untuk kami sepanjang berada diasrama.


Pada malam sebelum majlis berlangsung, aku bersama beberapa rakan sebilik telah merancang pelbagai agenda (agenda makan-makanlah..) selepas majlis pelancaran di dewan sekolah. Aku,Suhaimi dan Faizul lengkap berbaju melayu menuju ke dewan untuk melihat pelbagai acara yang berlangsung sebelum acara menjamu selera. Kebetulan aku tidak bersarapan pagi..mesti lapar dan inilah peluang aku nak makan banyak pun,getus hatiku.


Sebagai ketua bilik, nama aku dipanggil naik ke pentas untuk menerima cenderahati. Aku telah berpesan kepada dua orang rakanku itu, sebaik saja lepas aku terima cenderahati, kami bertiga terus menuju ke asrama perempuan yang menjadi lokasi jamuan pada hari itu. Makan dan ambil sebanyak yang mungkin makanan yang terhidang itu. Bawa balik kat asrama, boleh makan waktu terluang sementara nak tidur...baik punya pelan!!


Sebaik keluar dewan, kedua-dua kawanku hilang entah kemana. Aku keseorang menuju ke dewan makan asrama. Sambil mencari rakan-rakan lain. Dihati masih lagi membara untuk menikmati sepuasnya makanan yang dihidangkan terutamanya kuih kegemaranku-seri muka dan kuih gulung (ketayap)..tak sabar rasanya.


Didewan itu, aku memilih barisan hidangan yang paling lengang. Aku terus menujui kuih kegemaranku..huh sedapnya..dan secawan teh o....lega rasanya..namun tiba-tiba.....


Rosnani rakan sekelasku menegurku. Bagiku tak kisahlah sebab aku dah kenal sangat dengan dia. Namun ada perkhabaran lain yang membuatkan aku terkedu dan merencatkan selera makanku. Hilang segala selera...aku mencari rakan-rakanku...ahhh..apa aku nak buat?


"Ada orang nak bergambar dengan kau,kau sudi?" Tanya Rosnani

Biasalah,aku kan lelaki..berlagak macholah. Lagipun bukan aku yang pinta.

" Siapa?" Tanyaku ringkas.

"Adalah. Kau sudi tak?"..Aduh, Rosnani...yang kau jadi posmen ni kenapalah pulak....aku mulai resah dan berpeluh.....

"Tetapi siapa? Kau pastikah aku yang dimaksudkan? Kau jangan bergurau".Aku mencari kepastian.

" Aku pasti dan memang kau. Kau tunggu sekejap". Jelas Rosnani sambil berlalu meninggalkan aku yang masih berteka-teki. Jantungku berdegup kencang. Aku masih mencari wajah-wajah itu. Tidak juga ku temui. Betulke ni...pelbagai persoalan bermain dimindaku....


Tiba-tiba " Ok, ready" Kata jurukamera (aku pun tak ingat siapa dah..). Ketika itu aku dapat rasakan kehadiran seseorang berdiri disebelah kananku."1,2,3..klik!"( masa tu mana ada kamera digital). Aku jadi terpaku. Aku langsung tidak memandang kepada individu yang disebelahku. Aku cuma mampu mendegar ucapan "terima kasih" dan aku membalasnya "sama-sama". Itu sahaja. Aku kaget..Selepas kumpulan Rosnani berlalu meninggalkan aku yang masih terpingga-pinga itu, aku pun berlalu meninggalkan dewan makan itu dengan seribu teka-teki. Melangkah keluar tanpa membawa balik sebarang kuih kegemaran seperti yang kami rancang malam tadi.


Bagi aku, kalau ia berdiri disebelah kananku bermakna ia adalah kawan biasa. Kalau disebelah kiri ia kawan istimewa. Itu tafsiran cinta aku. (Eh, aku ada perasaan cintake?) Memandangkan, ia berdiri disebelah kanan, lantaklah..apa aku nak kisah. Itukan kawan (mengikut istilah yang aku berikan), kenapa aku nak semakkan kepala memikirkan yang bukan-bukan.


Dan sehingga kini aku tidak tahu siapakah yang berdiri disebelah kananku itu. Walaupun aku cuba bertanyakan sendiri kepada Rosnani namun dia tetap merahsiakan. Aku sekadar berteka-teki dan mengandaikan sahaja...Sehingga kini ia tetap menjadi misteri...aku pun dah tak kisah...Nantilah,kalau aku jumpa Rosnani aku cuba tanya dan flashback kenangan itu..


Namun yang pasti ia antara 1001 kenanganku yang terakam indah untuk dikenangi....



Sunday, September 26, 2010

Sebuah memori

Termenggu aku dianjung sepi
Membilang hari-hari berlalu penuh teka teki
Mencari suatu erti yang belum pasti
Terperap nun disudut hati

Didaerah hati sepi
Melayang semua memori lalu
Mengimbau semua sejarah membelah kesepian malam
Tersenyum mengenangkan detik manis itu
Tersentak saat tersingkir-berlalu
Dengan sedu dan suram

Dalam kepayahan menggengam sebuah cita
Dalam kesetiaan sebuah cinta
Bersimpul dalam sebuah harapan yang tidak pasti...
Mencari dan terus menanti..
Penantian panjang yang menjemput keperitan
Sebuah kesetian yang tersungkur dipintu impian.

Kerana terlalu lama menantimu,
kerana setia dengan cintamu,
Kerana terlalu lama merinduimu
kerana sayang padamu....
Sakit yang panjang bagai tiada biasa lagi
Air mata bagai sudah lama terhenti
Tinta cinta bagai telah kering untuk ditintakan
Kasih itu bagai debuan melayang ditiup angin

Mengintai sebuah peluang
Terlepas sebuah harapan

Namun sebuah memori itu
Tetap terukir indah dilubuk sanubari.....

Sunday, September 19, 2010

Raya oh Raya 1431H...

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi menikmati rezeki dibumiNya ini. Pemergian Ramadhan kali ini sedikit tersentuh kerana banyak perkara yang masih belum tercapai sepanjang bulan barokah itu. Kehadiran Syawal yang diraikan pun tidaklah seceria sangat pun. Masih ada sisa-sisa perjuangan yang belum tercapai sepenuhnya.


Namun, dengan izinNya juga beberapa perkara telah dapat dilaksanakan. Antaranya perancangan Majlis Perjumpaan EXF6SMKKB 90/91 telah berjaya dilangsungkan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.Meskipun gagal mencapai hasrat sebenar namun kehadiran rakan-rakan lama dan baru sedikit terubat rindu dan mengharapkan agar pada tahun depan penyertaan kan bertambah ramai.


Perjumpaan dengan EXSMAIJ 89 turut merakam sejarah tersendiri. Daripada janjitemu dengan 2 orang kawan menjadikan kepada 7 orang. Semua pertemuan itu adalah secara ad-hoc dan berbicara dibawah pohon sentul sahaja (perkarangan rumah rakan). Hampir 20 tahun tidak jumpa...Yang menariknya, pertemuan itu adalah dikalangan kami yang telah beranak pinak tetapi tidak diiringi isteri juga anak-anak. Terasa bagai baru 18 tahun pulak!! Terima kasih kepada Azuraidi Yusof,Wan Basiron,Nik Wan,Mahadi,Azuraidi Jusoh dan Mohd.Zaid kerana telah sudi melapangkan sejam untuk kita mengimbau kembali kenangan 89....Tahniah kepada Zaid yang telah menyambut kelahiran anak ke-8 (Amir Ramadhan) beberapa jam selepas pertemuan itu.


Hasrat untuk menziarahi rumah bekas guru juga tercapai. Antara yang sempat diziarahi ialah rumah Cikgu Affandi dan Hjh Rohani. Kepada bekas guru lain insyaAllah tahun depan.


Kepada rakan-rakan yang sudi menerima kunjungan; Zahira, Zaleha Mahmood, Norhayati, Zaleha Sulaiman (K.Terengganu), Siti Mariam, Ana(Kuantan), Yusri, Hassan, Suhaimi dan Amran. Kepada rakan-rakan yang belum tertunai jemputan insyaAllah tahun depan kita bertemu...


17 September 2010.....2 jam selepas tiba di kediaman dari kampung, anak-anak kejiranan datang beraya..seronok tengok gelagat raya mereka..Dan malam tadi sempat juga menziarahi 3 buah rumah kawan dikejiranan ini..Kepada Elly adan rakan-rakan di Sungai Buloh, maaf sebab minggu ni masih belum sempat untuk kesana....


Semoga semuanya dalam kerahmatan dan keredhaan Allah selalu hendaknya.



"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"

Thursday, September 9, 2010

Salam AidilFitri 1431 H

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari-jemari memohon kemaafan dan keampunan daripada semua muslimin dan muslimat yang mengenali saya. Kepada rakan SMUAK (85-87), SMAIJ (88-89),SMKKB (90-91) dan SRKSB (91-94) dijemput kerumah keluarga saya di Kampung Chegar Batang,Jerteh pada raya pertama jika ada kelapangan waktu.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.



Diariku..


5-7 Sept: Urusan kerja di Setiu,Terengganu (balik KL dan baru balik kampung)


8 Sept: Majlis berbuka puasa di Setiu (ahli keluarga berkumpul di rumah Mak Su)


9 Sept : Berbuka puasa di P.Puteh
9.00 mlm - perjumpaan dengan rakan di Jerteh


10 Sept : Pagi 1 syawal...di Chegar Batang. (Jemput semua kawan-kawan yg mengenaliku
datang ke teratak keluarga..tapi telefonlah dulu....).
Malam - Berada di P.Puteh.


11 Sept: Ziarah sanak saudara (isteri) disekitar Pasir Puteh
Petang- Machang
Malam - Di Hotel 1 Utama, persiapan akhir majlis EXF6SMKKB


12 Sept : Majlis Perjumpaan Aidilfitri Ke-2 Exf6smkkb di Hotel 1 Utama,Jerteh.


13 Sept : Kenduri doa selamat di Pasir Puteh


14 Sept : belum pasti lagi...


15 Sept : Program Aidilfitri di Setiu (Satff); Ziarah keluarga
di,Setiu, K.Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuantan dan Bentong.


17 Sept: Berada di KL daaa


20 Sept: Kerja dah.....

Sunday, August 29, 2010

Isu Bukan Muslim Masuk Masjid: Apa kata mereka?

(i)

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo
Ogos 29, 10 1:38pm

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan. Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.
2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.
3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.
4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak.Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.
(ii)

Nik Aziz: Jahil agama punca polemik
Ogos 29, 10 8:29am
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama."Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo.Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.
Sumber:http://www.malaysiakini.com/bm/ Edisi 29 Ogos 2010

Friday, August 20, 2010

Lagu dan Kenangan...

Rindu Bertandang Lagi (Hattan)

Rindu Bertandang Lagi
Rindu Bertandang Lagi Kekasihhatiku
Merintih Keranamu kesunyian Mencengkam
Lautan Kenangan
Ajaibnya Perasaan Oh..Oh..

1

Rindu Membawa Daku Kekasih
Pada Musim-Musim Bersamamu
Rasa Kasih Dan Rindu
Yang Tertanam Buatmu
Di Jambangan Usiaku

( Korus )

Waktu Memisahkan Aku Denganmu
Kemanisan Bersatu Dalam Sebuah Rindu
Kini Saat Indah Menjadi Sejarah
Dan Musim Pun Berlalu Bersama Waktu
Kini Bertemankan Sebuah Perasaan
Rasa Kasih Rasa Rindu Padamu

( Ulang 1, Korus )

Rindu Bertandang Lagi Di Hati
Rindu Menghampiri Kala Sendiri
Halaman Hidupku Yang Kosong Tak Terisi
Sungguh Lama Dikau Pergiha..
Ha..Haha..Ha..Ohoh..


[2]

Pelangi Petang (Sudirman)

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

---------------------------------------------------------------------------------------

Entah kenapa lagu-lagu ini menambat hatiku.....mengimbau kenangan lalu setiap kali kulewati lembah itu....namun itu semua adalah kenangan yang terpaksa ditempuhi....Allah pasti ada rahsianya....Terima kasih Allah atas anugerah kekuatan iman padaku dalam menempuhi kegetiran menempuhi saat sukar itu.