Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Friday, December 4, 2009

Bicaraku.....

Sesekali terawang memori semalam, membuat aku terkedu
Merenungi diri, menghitung detik waktu berlalu
Melentur mimpi semalam bukan angan
Semalam penuh kenangan....

Kubersujud padanya
Sepertiga malam mencar redha Ilahi
Tiada upaya insan kerdil
Melainkan kudrat iradat Ilahi

Tiada upaya ku insan biasa
Melainkan Maha Kuasa anugerahi

Sungguh kerdil aku disisimu
Dihamparan bumi ini
Penuh ranjau disepanjang jalananku
Kanan dan kiri penuh duri
Tetap ku harungi jua
Demi sebuah janji terpateri......

Kuala Lumpur,04122009.

Saturday, November 14, 2009

Kenangan itu....

Kala ini terbayang kisah silam sewaktu aku bergurukan sang sifu dibumi SMKKB.Bersama berlari dikaki langit mengejar impian. Mengukir indah namamu didaunan hari kasih. Menghilang resah lewat pertemuan itu.Berlegar segala watak dalam benak ini. Sejuta kenangan pahit manis tidak akan dipadam begitu saja. Banyak detik indah sewaktu ku bersamamu. Aku tersenyum girang mengenangkan saat manis dan indah itu. Puas! Melihat saat indah kita memadu cita menyusuri gigian pantai sambil mendendangkan lagu harapan.Terbayang satu persatu aturan langkah itu.Tetiba bayangan hitam menutupi ruang indah ini. Kesayuan tertusuk dihati melihat bayangan pahit melayang-layang keudara; ku helakan nafas sendu...

Ahh..Itu hanya mainan mimpi. Pasti ia kan hilang takala mentari menyimbahi bumi indah ini.Ku biarkan berlalu segala dugaan itu. Ujian kesabaran kita untuk tidak kenal putus asa mengharugi onak dan onar demi sebuah cita. Lalu ku adunkan rempah manis dan pahit dalam acuan cita yang diuli sang sifu dengan mentera sejahtera bagi menjadikan kau begitu istimewa buatku.

Entah kenapa dikau yang terpilih. Walhal kau tidaklah istimewa seperti yang kebanyakan lain ku kenali. Watak-watak yang menghidupkan pentasmu membataskanku.Tapi demikian itu jugalah menjadikan kau istimewa. Tuhan ada perancangan tika menemukan kita.Meskipun hatiku tidak menyukaimu buat pertama kali kumelihat wajahmu namun ku gengam janji bondaku kan ku kotakan hasrat dipuncak menara gading. Kan kuukir namaku dilamanmu untuk tatapan pewaris selepasku.

Pun begitu, langit tidak selalu cerah.Hasrat segunung mimpi terlerai jua....sayu..Ku sangkakan litupan awan hitam berarak kesekian kalinya ini tidak menitiskan hujan. Namun turun curahan lebat membasahi daku yang bagai terpaku dilamanmu berselangselikan petir berdentum bagai keguguran meregus jantungku. Dulunya aku kau sanjungi kini seakan cemuhan itu adalah madah indah susunan bilahan bicaramu padamu. Terpalit noda dan dosa bagai tiada ampunanmu lagi bagimu padaku. Tikaku sambut keputusan darimu, aku menggigil..tanpa undangan berderai peluh dingin didahiku. Sungguh tak ku menduga itulah keputusanmu padaku. Dengan harapan hampa ku melangkah longlai meninggalkan mu. Ku terus melangkah tanpa menolehi dirimu lagi. Ya! Aku melangkah pergi bersama sejuta janji kita dipateri. Mungkin Tuhan ada perancangannya yang kusendiri tidak tahu. Pasti suatu hari nanti sang suria pasti bersinar jua.

Bertahun dikau ku tinggalkan...Tanpa perutusan khabar berita.Aku nekad membuktikan keputusanmu padaku itu adalah silap.Biar terbujur jasad terbujur tak rela aku terpisah dari citaku nan satu. Aku tekadkan diri kembalike pangkuanmu bersama segulung impian semalam dalam anyaman kejayaan. Akan aku hamparkan anyaman itu dilamanmu....Kini baru kau sedar, aku adalah aku. Sang setia yang terus menanti. Tika itu kau pasti tersenyum girang menyambut tanganku kepelukanmu....Ku memaafimu....

Abe,KUALA LUMPUR,2009

Thursday, October 22, 2009

Bio Aura Untuk Anda




9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.Rezeki tidak datang bergolek. Jika saya boleh melakukan, anda juga boleh melakukan.....





Bio Aura Hi-Tech Water System-Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda


Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Ciri-ciri Bio Aura:

Rekaan yang mesra-penyelenggaraan

  • Pemasangan yang mudah

  • Penutup penapis yang berwarna
  • Saiz penapis yang lebih besar

  • Pengiktirafan kualiti
  • Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan


Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:

  • Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien
  • Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali
  • Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan
    Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.


Selamat Datang

Memandangkan blog saya terdahulu ada masalah sign in, maka terpaksa tukar ke blog baru. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk kemaskini blong ini untuk kongsi pengalaman dan cerita.

wassalam