Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Sunday, July 25, 2010

Jacob's Walk of Life

Seawal pagi tadi saya bersama rakan krew yang lain berkumpul di booth masing-masing bagi menjayakan program Jacob's Walk of life yang berlangsung di FRIM buat julung kalinya.


Pelbagai acara turut diadakan pada program setengah hari ini. Antaranya pemeriksaan tulang, persembahan artis juga makan produk Kraf (biskut Jacob dan lain-lain).


Berkerja dibarisan hadapan ini perlu sabar dan senyum sentiasa. Pelbagai kerenah pengunjung dan peserta yang perlu dilayan mesra. Kami telah dilatih untuk sabar dan mesra meskipun yang datang itu dengan mukan yang marah dan benggang. Adat berurusan dengan pelanggan. Seronok juga melihat pelbagai gelagat peserta.Macam-macam perangai......


Seawal 5.00 pagi mereka yang terlibat telah berkumpul. Tua, muda, bujang dan telah berkahwin tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Namun menjelang 6.00 pagi adalah waktu yang agak merimaskan kerana waktu itu adalah waktu subuh. Dan pada waktu inilah peserta yang terlibat dengan walk of life mengesahkan kehadiran mereka. Ketika inilah kita lihat pertembungan antara Tuhan dan Manusia. Kerana ingin turut serta dan menjayakan program ini, berapa ramai yang tidak menunaikan solat subuh. Daripada sudut kemanusiaan, memang bagus setiap mereka yang mengambil bahagian menepati waktu yang ditetapkan pihak penganjur namun dimanakah letaknya ketaatan kita kepada Allah sebagai seorang muslim? Apakah ketaataan kepada manusia itu melebihi Allah SWT? Siapakah yang Maha Besar?


Sewajarnya dalam situasi begini, kita sebagai umat Islam perlu bertegas bahawa waktu solat adalah madatori; tiada kompromi. Namun demi menjaga nama, perintah daripada Maha Esa bagai tiada apa-apa jika diabaikan? Kenapa kita harus begini?


Syukur, saya dan beberapa rakan lain sempat solat meskipun penyelia bertanyakan kemana rakan-rakan lain, namun kami jelaskan kepada mereka sekarang adalah waktu solat. Walaupun nampak sedikit rasa kecewa diwajah penyelia booth tersebut namun kami tetap bergilir-gilir untuk solat. Itu bagi yang rasa solat itu wajib. Bagi yang tak kisah? Tepuk dada tanya iman.....


Pesanan saya pada diri sendiri dan rakan-rakan jika kita rasakan aktiviti yang disertai itu boleh mengganggu solat, baik tarik diri namun jika ia tidak mengganggu waktu solat boleh teruskan. Dan sewajarnya kita sebagai muslim mesti pertontonkan kelebihan solat dan ketaatan kepada Allah mengatasi segala-galanya kepada mereka yang bukan muslim supaya mereka lebih faham dan menghormati agama islam.


Wassalam.

Wednesday, July 21, 2010

Lawatan Kerja Ke Sarawak

Assalamu'alaikum,


19.7.2010 - Bertolak dari KLIA ke Kuching menaiki penerbangan AirAsia. Perjalananan yang memakan masa sejam setengah tidaklah membosankan. Setiba di Kuching, cuaca berubah-hujan. Ketibaan kami disambut oleh pemilik Homestay (Hj.Jumbli) terus ke Petrajaya.




(Dlm AirAsia.....makan nasi goreng RM9.00 air mineral RM3.00..hampeh....)

Malamnya kami melepas gian makan di Kg Gersik dan ke Waterfront untuk menikmati suasana malam.

20.7.2010 - Bertolak dari Tmn.Lavendar ke Lembaga Lada Malaysia, Sarawak (MPB) yang terletak di Jalan Utama,Kuching dan memakan masa 40 minit perjalanan berkereta. Ketibaan kami disambut dengan sesi taklimat dan melawat sekitar kilang pemprosesan lada hitam.





Sekitar 11.00 pagi kami bertolak ke Daerah Seraian untuk melawat kawasan tanaman lada hitam. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit sedikit terganggu apabila 1km menghampiri lokasi terdapat sebuah lori sawit terbalik merentangi jalanraya. Kesesakan hampir 2km dan kami tersangkut dalam kesesakan selama 20 minit.



(Bersama kakitangan MPB semasa di ladang lada hitam..)


Diladang, kami menghabiskan masa hampir sejam untuk melawat kawasan tanaman dan sesi bersoaljawab dengan pemilik tanaman. 2.30 petang, kami bertolak balik untuk berihat sebelum kami sekali lagi diraikan dalam majlis makan malam oleh kakitangan MPB di Pondok Laguna,City Square,Kuching.

Sebelum itu, kami nyaris tidak dapat menghadiri makan malam kerana kenderaan yang dipandu oleh saya terbabas berhampiran bulatan Kg.Gersik. Ketika itu jalan licin akibat hujan. Syukur kejadian itu tiada banyak kereta dan kenderaan kami walaupun berpusing (berpatah balik)namun masih terkawal dan kami meneruskan perjalanan.

21.7.2010 - Melawat ACR di Semengoh untuk melihat baka-baka lada hitam. Seharian kami di Semengoh membuatkan masing-masing kepenatan.

Esok? Balik KL daaaaa....

Monday, July 19, 2010

Salam Dari Sarawak...

Assalamu'alaikum,

Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Entah kenapa saya agak kurang mengemakinikan blog ini...mungkin kerana banyak tugasan pejabat disamping lain-lain jawatan yang saya sandang, menyebabkan saya agak jarang berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ini.

Pada 25 Julai 2010, saya terlibat sebagai promoter Jacob's Walk 2010 yang berlangsung di FRIM. Beberapa persiapan perlu dipersiapkan agar acara besar yang membabitkan FRIM dapat berjalan lancar.

Pada 8 Ogos 2010, saya terlibat dengan penganjuran Karnival Islam FRIM sempena ulangtahun ke-25 FRIM. Saya selaku penyelaras bagi acara Penulisan Khat,Treasure Hunt dan Pertandingan Melukis perlu membuat beberapa persiapan agar semua yang dirancang berjalan lancar.

Hari ini, 19-22 Julai 2010 saya dan kakitangan unit saya berada diKuching,Sarawak bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan.Kuching agak banyak berbeza berbanding pada pertama kali saya sampai dahulu. Dah hampir 13 tahun lalu....memang berbeza.

Pada 23 Julai 2010, dua mesyuarat yang perlu saya hadiri...penat tu memang penat.Hanya 24 Julai 2010, saya ada masa bersama keluarga sebelum 25 Julai 2010 berlangsungnya acara Jacob's Walk for Healhty. Lepas itu saya bertolak ke Setiu pada 26 Julai 2010. Berehat 2 hari, naik pulak ke Tok Bali,Kelantan....

Walau bagaimanapun, semua itu adalah tugasan yang mesti dilakukan kerana ia adalah komitmen yang saya.......Kepada Isteri dan anak-anak, terima kasih kerana memahami kesibukan jadual kerja abah...Disebabkan jadual yang padat inilah, masa rehat Sabtu dan Ahad, saya manfaatkan sepenuhnya untuk famili. Hanya itulah waktu yang ada....Maaf kepada kawan-kawan yang masih ada jemputan saya tidak laksanakan...Wassalam

Salam dari Kuching.