Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Tuesday, March 21, 2017

6 Perkara Pertahankan Metabolisme

MEMASTIKAN metabolisme sentiasa tinggi amat penting dalam usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Malangnya, ramai yang tidak perasan bahawa beberapa amalan dan cara hidup yang tidak sesuai menyebabkan metabolisme menjadi perlahan.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda sukar untuk menurunkan berat badan, malah anda lebih mudah mengalami pertambahan berat badan pada masa hadapan. Berikut merupakan enam cara hidup yang boleh memperlahankan metabolisme anda:

1.Ambil Kalori Terlalu Rendah
Makan makanan berkalori terlalu rendah termasuk mengurangkan makan secara melampau dan terlalu lama boleh memperlahankan metabolisme secara ketara.
Kajian-kajian terkawal melibatkan peserta-peserta bertubuh normal atau obes mendapati bahawa pengambilan kalori kurang daripada 1,000 kalori setiap hari (kalori defisit) boleh menimbulkan kesan signifikan ke atas kadar metabolisme anda.
Dalam sebuah kajian, para peserta wanita obes mengambil 420 kalori selama empat hingga enam bulan dan didapati kadar metabolisme ketika berehat mereka menjadi perlahan secara signifikan. Apabila mereka meningkatkan pengambilan kalori sepanjang tempoh lima minggu berikutnya, kadar metabolisme ketika berehat mereka didapati semakin rendah sebelum mengamalkan diet berkaitan.
Sebuah kajian lain melibatkan para peserta obes mengambil 890 kalori setiap hari selama tiga bulan. Selepas kajian berakhir, jumlah pembakaran kalori yang mereka alami setiap hari didapati jatuh secara purata sebanyak 633 kalori.

2.Tidak Mengambil Protein
Mengambil protein yang mencukupi amat penting bagi mencapai dan mempertahankan berat badan yang unggul. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan berprotein pada jumlah tinggi boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori tubuh secara signifikan.
Peningkatan metabolisme yang berlaku selepas penghadaman dikenali sebagai kesan haba makanan (thermic effect of food, TEF). Kesan haba protein dikatakan lebih tinggi berbanding kesan haba karbohidrat atau lemak. Kajian mendapati memakan protein meningkatkan metabolisme secara sementara sebanyak lebih kurang 20-30% berbanding 5-10% untuk karbohidrat dan paling tinggi 3 peratus untuk lemak. Kajian lain mendapati para peserta harus makan sekurang-kurangkan setengah gram protein bagi setiap sekilogram berat badan mereka bertujuan membantu menghalang metabolisme menjadi perlahan ketika dan selepas program penurunan berat badan.

3.Kurang Bergerak
Menjalani kehidupan harian dengan kurang bergerak boleh menyebabkan pembakaran kalori harian anda tidak cekap. Aktiviti fizikal seperti berdiri, berjalan ke tempat membuat air, mengemas meja atau turun naik menggunakan tangga boleh membantu anda membakar kalori. Aktiviti tersebut tergolong sebagai ‘peningkatan haba melalui aktiviti bukan bersenam’ (non-exercise activity thermogenesis, NEAT). Sebuah kajian menunjukkan bahawa menjalani NEAT secara kerap boleh membakar sehingga 2,000 kalori tambahan setiap hari. Kajian lain mendapati seseorang yang duduk menonton televisyen membakar kalori 8 peratus lebih rendah berbanding dia duduk menaip, malah purata 16 peratus lebih rendah berbanding dia berdiri.

4.Tidak Cukup Tidur
Cukup tidur, tidur berkualiti dan tidur pada waktu malam boleh membantu mempertahankan kadar metabolisme normal. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan. Beberapa kajian menunjukkan tidak cukup tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan. Sebuah kajian menunjukkan orang dewasa sihat yang tidur empat jam setiap malam selama lima malam berturut-turut mengalami pengurangan kadar metabolisme ketika berehat sebanyak 2.6 peratus. Kadar metabolisme peserta kembali normal selepas itu apabila mereka tidur lena selama 12 jam. Kekurangan tidur menjadi semakin buruk dengan tidur pada waktu siang kerana pola tidur tersebut mengganggu ritma sirkadian (circadian rhythm). Sebuah kajian yang dijalankan selama lima minggu mendapati tidak cukup tidur secara berpanjangan ditambah dengan gangguan ritma sirkadian menurunkan kadar metabolisme ketika berehat para peserta secara signifikan sebanyak 8 peratus.

5.Mengambil Makanan/Minuman Bergula
Ini kisah benar. Seorang wanita berketinggian 5 kaki 2 inci dengan berat badan 80 kilogram berjaya menurunkan berat badan dengan mengelakkan makan nasi, produk tepung dan tidak mengambil makanan bergula selama enam bulan. Di dalam tubuh, nasi (dan produknya seperti bihun) serta sebarang produk tepung diubah kepada glukos yang dipercayai boleh menyebabkan pembakaran kalori tidak cekap. Beliau banyak makan sayur-sayuran dan mengelakkan buah-buahan manis. Beliau tidak makan daging dan ayam sebaliknya makan ikan yang dimasak cara tradisional Melayu seperti masak lemak, pindang atau asam pedas. Beliau juga mengambil keju dan mentega susu asli bagi menggantikan marjerin (minyak sayur-sayuran terhidrogenasi). Berat badan beliau selepas enam bulan program tersebut jatuh kepada 50 kilogram yang sesuai dengan susuk tubuh dan umurnya. Diet yang diamalkan oleh wanita tersebut dikenali sebagai diet rendah karbohidrat; 50 peratus sayur-sayuran, 30 peratus protein, 20 peratus lemak.

6.Tidak Bersenam
Resistant training atau bersenam berhalangan memang membantu meningkatkan metabolisme dengan cekap. Namun bukan semua orang pada hari ini yang rata-rata sibuk bekerja mampu melakukannya. Berjoging sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali, tiga kali seminggu juga boleh membantu membakar kalori. Kepada pasangan yang sudah berkahwin, melakukan hubungan biologi dengan pergerakan sederhana 20 hingga 30 minit setiap kali beberapa kali seminggu juga boleh membantu meningkatkan metabolisme.

BAHRAIN SAMAH, MH, MD (AM), Pendidik/penulis genre perubatan preventif/alternatif

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34101

Friday, March 17, 2017

Isu Filem B&B: Pensyarah UiTM Beri Penjelasan Solid


MASIH belum reda isu tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia apabila ada netizen terus menerus mempersoalkan sebab filem tersebut tidak ditayangkan di pawagam negara ini.



Disebalik persoalan itu, seorang pensyarah Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Farami tampil memberikan penjelasan dan menjawab persoalan yang dilontarkan netizen selepas Disney mengeluarkan kenyataan membatalkan tayangan filem animasi itu di Malaysia.
Menerusi perkongsian Ahmad di Facebook, dia menjawab 15 soalan yang sering dilontarkan netizen yang menyokong filem Beauty and the Beast.
Ada netizen yang membuat perbandingan di antara filem tempatan dengan filem Beauty and the Beast dengan persoalan yang nyata dijawab Ahmad dengan penjelasan yang kukuh dan ilmiah.
Ahmad menjelaskan, adegan bunuh dan merompak yang dipaparkan adalah mengikut garis panduan penyiaran iaitu yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan di hujung cerita.
“Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang anugerah. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat yang disuruh insaf, dan menerima homoseksualiti,” tulisnya.
Jelasnya, lucah tidak semestinya eksplisit. “Gay moment”, idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan ‘suggestive’ dalam B&B juga lucah (‘indecent’) berdasarkan sensitiviti tempatan.
Ahmad turut menjelaskan maju sesebuah negara itu bukan terletak kepada penerimaan terhadap golongan gay tetapi maju membawa maksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda dan normalisasi LGBT.
“Maju itu adalah bebas daripada penjajahan budaya. Apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah,” tulisnya.
Dia turut menjelaskan mengenai kewujudan golongan gay yang sudah ada sejak zaman Nabi Luth dan mahu netizen memikirkan kesudahan kepada nasib golongan tersebut.
“Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth a.s. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan ‘desensitisation’ (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT,” tulisnya.
Ahmad juga menyokong tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang membenarkan tayangan sekiranya adegan gay tersebut dipotong.
Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.
“Dalam kehidupan sosial ini, kanak-kanak belejar mengenai nilai dan norma melalui media massa. Ini adalah proses sosialisasi,” tulisnya.
Apabila dianggap ‘bodoh’ kerana menyekat tayangan filem B&B, Ahmad menganggap itu adalah tindakan cerdik kerana mengambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang.
“Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam,” tulisnya.
Perkongsian Ahmad Farami ini mendapat sokongan netizen lain yang bersetuju dengan penjelasannya yang lebih berbentuk ilmiah dan tidak menghentam dengan membuta tuli.
“Sesetengah pembikin filem Hollywood mempromosi apa yang disebut Human Rights dalam filem2 yang dikeluarkan oleh mereka. Ini bukan pertama kali promosi LGBT berlaku dalam filem, malah dalam tv show/series pun kerap dibuat. Antaranya tv series Supergirl terbitan CW juga mempromosi LESBIAN menerusi watak Alex Danvers (kakak angkat Supergirl).
“Jangan cepat melatah. Sedangkan filem ini kena banned di Alabama, malah di Rusia diletakkan di bawah kategori Adult. Anglican Church pun tak setuju dengan karakter filem tu. Kau yang Islam kenapa pula nak lebih2?,” tulis Tuan Zam.
Semalam, Walt Disney Co telah menarik balik tayangan filem itu kepada satu tempoh yang tidak diberitahu.
Walt Disney menarik balik tayangan filem tersebut di semua pawagam di Malaysia selepas adegan dalam filem itu yang membabitkan adegan dan karakter gay dipotong.

Filem Beauty and the Beast dibarisi pelakon ternama antaranya Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci dan sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis, 16 Mac. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, March 16, 2017

Tentangku

Dilahirkan di sebuah desa yang penuh tenang dan damai yang diberi nama Kg. Chegar Batang. Dari kecil dibesarkan oleh nenek dan datuk sebelah bapa. Memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Pasir Akar pada tahun 1979 sebelum melanjutkan pendidikan ke Sek Men. Agama Wataniah, Alor Keladi. Pada awalnya aku memilih SM Bukit Payong dengan alasan tersendiri namaun ibubapa ku menentang hasrat aku dan mereka menukar permohonan ku ke SM Bukit Payong ke SMUWAK kerana mereka ingin aku didedahkan dengan ilmu keagamaan. Meskipun paksarela, namun aku tidak mengewakan harapan mereka. Aku berusaha untuk membalas jasa mereka.
Image result for sawah padi
Padi telah masak....rindu pada kenangan ini...

Image result for sawah padi
Sawah padi sudah tidak asing lagi bagiku...tenang..

1988- Menyambung pendidikan ke SM(A) Maarif, Kg. Raja dan sebelum menduduki peperiksaan hujung tahun aku kembali ke SM (A) Ittifakiah, Jerteh

1989- Meneruskan sisa terbaki dalam perjuangan di SM(A) Ittifakiah, Jerteh

Image result for bandar jerteh
Bandar Jerteh.....tempat pertemuan sebelum balik hujung minggu dan ke asrama semula
Image result for bandar jerteh
Masjid Hadari (berwajah baru). Ketika zamanku inilah masjid solat jumaat....berjalan kaki 1km dari asrama...bestnya...
1990-1991- Menyambung pendidikan ke SM Kuala Besut. Aku antara pelopor tingkatan enam pertama di sekolah tersebut. Meskipun serba kekurangan berbanding sekolah sebelum ini, ia sedikit pun tidak pernah memadamkan cita-citaku. Bagi aku, jika sekolah hebat, guru hebat tetapi aku tidak hebat maka cita-citaku tidak tercapai jua. Biarkan aku hebat dulu. Alhamdulillah, meskipun aku bukan terpilih untuk tersenarai sebagai pelajar terbaik tingkatan enam (ada hikmahnya tu), namun kami berjaya meletakkan SMKB dipersada lanskap pendidikan Besut menewaskan sekolah-sekolah elit yang lain. Gah seketika nama SMKB.
Image result for kuala besut
Jeti ke Pulau Perhentian.
Image result for kuala besut
Pasar Minggu.....Setahun di SMKB, jemu dah dengan pasar minggu ini. Macam-macam ada, luas dan memenatkan untuk menjelajahinya. Belinya tak, meronda jer. Yang pasti beli air jagung....

Image result for kuala besut
Stesen Bas.....tempat pertemuan sebelum ke asrama. Kalau dapat naik bas perjalanan Jerteh-K.Besut-P.Puteh ,terus ke asrama. Kalau tidak, menapak ke asrama menyusuri jalan kampung

1991- Selepas mendapat keputusan STPM, aku mohon izin dengan ibuku untuk hijrah ke ibukota. Bermula dari detik itu sehingga kini aku bergelar wargakota...... 

Image result for kuala lumpur
Kota yang tidak pernah tidur...

Tuesday, March 14, 2017

Politeknik baru akan dibina di Besut

BESUT - Sebuah politeknik bernilai RM180 juta akan dibina di Besut pada tahun ini bagi memenuhi keperluan graduan dalam bidang teknikal khususnya di negeri ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, politeknik tersebut akan dibina di satu kawasan berhampiran Bukit Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Putera di sini. Katanya, majlis pecah tanah pembinaan politeknik berkenaan akan dilakukan pada 18 Mac ini dan pembinaannya dijangka mengambil masa tidak melebihi tiga tahun. "Dengan pembinaan politeknik ini, negeri Terengganu akan mempunyai dua politeknik selain di Dungun yang mampu menampung lebih 1,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Berkelompok Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Dun Jerteh di Dewan Gong Nering di sini, hari ini. Idris juga berkata, kementeriannya meluluskan peruntukan berjumlah RM40 juta bagi pembinaan sebuah perpustakaan baharu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Kampus Tembila, di sini dan membina beberapa bangunan fakulti baharu tahun ini.

sumber: 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/politeknik-bernilai-rm180j-dibina-di-besut-1.641530