Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Tuesday, June 28, 2016

Aku bukan buru jawatan, tapi jawatan yang buru aku....

Dalam tempoh dua (April-Jun 2016) banyak perkara baru yang aku pelajari. Nampak mudah namun banyak perkara baru yang perlu dihadapi. Walaupun aku bukan mengidamkan jawatan namun jawatan itu diberikan atas prinsip kepercayaan. Peluang ini bukannya disambut dengan gembira sebaliknya dengan penuh tanggungjawab menggalas dibahu.

Aku perlu berurusan dengan R.O.S bagi melaporkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan beberapa proses lain bagi mengelak daripada kelewatan dan denda oleh R.O.S. Semua perlu dilakukan secara atas talian serta menepati masa. Alhamdullilah, dengan bantuan mantan SU, perkara ini dapat diselesaikan menepati jadual/tempoh masa yang diberikan oleh R.O.S.

Selain itu, penyediaan minit MAT dan memanggil mesyuarat penggal baru peralihan kuasa sudah pastinya memeningkan kepalaku yang tidak pernah memegang jawatan SU (tidak minat pun!) namun atas kepercayaan maka tanggungjawab itu perlu digalas. Aku sudah biasa bergerak sebagai AJK sudah pasti tidak begitu selesa dengan perubahan ini. Bagiku, AJK kerjanya senang -laksanakan tugasan yang diberikan dan selesai. Minit mesyuarat pun aku tidak pernah simpan, habis mesyuarat-laksanakan arahan, campak minit mesyuarat entah kemana. Kali ini semuanya perlu disusun dan diatur sebaik mungkin bagi memudahkan segala urusan kerja.

Aku juga terpaksa berurusan dengan pihak bank bagi pertukaran nama pemegang amanah akaun. Pendek kata, banyak perkara yang perlu dilakukan selaku Setiausaha Kehormat. Suka atau tidak perkara ini perlu dilakukan kerana kepercayaan tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Kepercayaan yang diberikan merupakan satu mandat ahli kepadaku untuk bekerja dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Rupa-rupanya jawatan SU ini tidak terhenti disitu, aku juga dilantik sebagai SU Mesyuarat bagi Cawangan tempat kerjaku...Aduhhh...pening...walaupun berkali-kali aku menepisnya, namun pegawai atasan tetap mahukan aku juga. Alasan demi alasan tetap ditolak. Alasan kekalkan SU lama pun tidak diterima. Pada dasarnya aku bersetuju untuk menjadi SU Cawangan bagi tempoh dua tahun sahaja. Harap-harap sekadar itu saja. 

Aku bukan jenis suka pada jawatan kerana terasa tidak bebas untuk bekerja. Rasa kekok untuk memberikan arahan berbanding menerima arahan. Namun, inilah realiti hidup. Suka atau tidak, boleh atau tidak bukan aku yang menilai sebaliknya umum yang membuat penilaian dan keputusan. Jika akhirnya mereka memilihku, maka itu bermakna, mereka yakin dengan kebolehanku walaupun aku sendiri tidak berapa yakin dengan diri sendiri menghadapi situasi ini...hahahaha....

Kini, aku cuba yang terbaik dan cuba menyesuiakan diri dengan beban kerja baru.......semoga semuanya berjalan dengan baik seperti yang diharapkan.

Thursday, June 23, 2016

Kita Kalah, musuh juga kalah dan akan kalah

Ramadhan Al Mubarak mengajar kita erti payah dan sukar. Rasa lapar, dahaga, letih dan 1001 pantang larang di bulan Ramadhan ini sebenarnya mendidik jiwa menjadi kental dan sabar menghadapi kesusahan hidup sebagai seorang muslim yang taat kepada Allah swt.

Antara kepayahan dan kesukaran dalam hidup seorang muslim ialah menghadapi musuh Islam dengan segala rencana jahat dan tipu helah mereka yang licik. 

Tidak mudah untuk menghalang provokasi dan propaganda mereka, apatah lagi untuk menang mengatasi kekuatan mereka.

Namun bukanlah mereka tidak boleh tewas cuma tidak mudah untuk kita menang. Ini sebetulnya adalah sunnatullah. 

Contoh mudah ialah isu pembukaan Kota Konstantinopel yang dianggap sebagai kubu terkuat kerajaan Rom Timur yang berkuasa 11 abad lamanya. Telah diusahakan sejak zaman para sahabat Rhm tetapi hanya berjaya di zaman Sultan Muhammad Al Fateh (sultan ke-7 dari hiraki Khilafah Uthmaniyah) pada tanggal 20 Jamadil Awal 857 bersamaan dengan 29 Mei 1453.

Nabi SAW pernah bersabda:

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْاَمِيرُ اَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

Akan dibuka kota Qustantiniyah (Konstantinopel) maka sebaik-baik pemerintah ialah pemerintah yang berjaya membukanya dan sebaik-baik tentera ialah tentera yang membukanya. (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya dan Al Hakim dalam Al Mustadrak)

Inilah sunnah orang berjuang. Payah, tewas dan sakit adalah perkara biasa. Namun pejuang tidakkan pernah luntur semangat apatah lagi kecewa. Justeru perjuangan ini suci dan benar. 

Kita kalah, musuh juga pernah kalah dan akan kalah. Kita sakit, mereka juga sakit. Membezakan kita dengan mereka ialah, keredhaan Allah swt, suatu yang selalu mereka persendakan seolah-olah lekeh dan hinanya orang yang berjuang mengharapkan redha Allah swt. 

Perhatikan firman Allah swt:

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan janganlah kamu rasa hina dalam mendepani musuh itu; jika sekiranya kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit sebagaimana kamu berasa sakit, sedang kamu mengharapkan dari Allah swt apa yang mereka tidak harapkan (iaitu keredhaan Allah swt dengan balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah An Nisa': 104)

Kredit: Harakahdaily

Tuesday, June 7, 2016

Tahukah Anda, Bintang Muhamad Ali Satu-satunya Bintang Yang Tidak Dipijak


SETAKAT ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing.

Antara selebriti popular yang tercatat namanya di situ adalah Elvis Presley, Morgan Freeman, Jackie Chan, Michael Jackson, Tom Cruise dan Marilyn Monroe.


Namun, tahukah anda dalam ramai-ramai bintang berkenaan, hanya nama bekas peninju lagenda dunia Muhammad Ali sahaja tidak ‘dipijak’ oleh jutaan pengunjung di tapak Hollywood Boulevard, California, Amerika Syarikat itu.

Pada mulanya Ali yang enggan namanya dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang di tempat berkenaan, telah menolak tawaran mengabadikan namanya di situ.




Namun disebabkan pengaruhnya dalam sukan tinju, pihak penganjur Hollywood Chamber of Commerce telah setuju meletakkan bintang penghormatannya di dinding Dolby Theatre, di sana.
Alasan Ali cuma satu apabila ditanya kenapa enggan membenarkan bintangnya diletakkan di lantai seperti mana selebriti lain.

“Saya membawa nama Nabi Muhammad dan ianya mustahil untuk membiarkan orang ramai memijak nama tersebut,” katanya, seperti dilaporkan media antarabangsa ketika itu. Muhammad Ali merupakan penerima bintang ke-2,189 pada 2002 dan sampai ke hari ini, bintang miliknya adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan atas lantai.





Ali menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun akibat masalah pernafasan di Hospital Pheonix, Arizona Jumaat lalu. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah kelahirannya di Kentucky, Jumaat ini. – MYNEWSHUB.CC


>> Peminat memberi penghormatan terakhir.





Petikan: TranungKite Online

Monday, June 6, 2016

Program Santai Bersama Selebriti

FRIM, 28 Mei 2016; Buat julung kalinya Biro Dakwah,Badan Kebajikan Islam FRIM (BKI) telah menganjurkan Program Santai Bersama Selebriti  yang diadakan di padang FRIM. Para pengunjung program ini telah dihidangkan dengan bualbicara bersama selebriti jemputan yang berkonsepkan santai-pengkongsian ilmu penghijrahan dan hidayah. Selebriti yang telah bersama menjayakan program tesebut adalah terdiri daripada Dr. Ann Wan Seng, Yatt Hamzah, Anis Aneesa dan Sham Kamekaze. 

Disamping disajikan dengan bualbicara bersama selebriti tersebut, program yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang ini turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, amazing race, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan (Klinik Kesihatan Taman Ehsan), carboot sale dan flea market. Turut serta menjayakan program ini adalah Bank Al-Rajhi dan Bank Rakyat Cawangan Jalan Kuching yang menaja hadiah bagi acara mewarna. 

                                >> Pengalaman pertama jadi moderator  
                                           >> tekun mendengar penjelasan panel jemputan
                                    >>Dr.Ang Wan Seng berkongsi kisah penghijrahannya
                                                >> ada yang mencuit hati Yatt Hamzah
                                           >> Di pentas..bersama panel jemputan
                                         >> Bila dua-dua nama Sham..hihi
                                          >> Persembahan daripada Sham Kamikaze
                                          >> Ambil peluang rakam gambar salebriti
                                          >> Anis Aneesa turut mendendangkan 2 buah lagu
                                          >> Kambing bakar
                                          >> hmmm..sedap...
                                         >> Carboot Sale
                                         >> daftar mewarna, dapat cenderahati..
                                         >> Terima kasih Bank Rakyat
                                          >> Tekun mewarna


                                         >> apa tu??
                                >> Dik yang ni bukan biskut tau...ni lingkaran ubat nyamuk
                                         >>...cari kat sana...ikut peta
                                         >> semangat kerjasama
                                     >> Terima kasih semua....anada terbaik