Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Tuesday, June 28, 2016

Aku bukan buru jawatan, tapi jawatan yang buru aku....

Dalam tempoh dua (April-Jun 2016) banyak perkara baru yang aku pelajari. Nampak mudah namun banyak perkara baru yang perlu dihadapi. Walaupun aku bukan mengidamkan jawatan namun jawatan itu diberikan atas prinsip kepercayaan. Peluang ini bukannya disambut dengan gembira sebaliknya dengan penuh tanggungjawab menggalas dibahu.

Aku perlu berurusan dengan R.O.S bagi melaporkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan beberapa proses lain bagi mengelak daripada kelewatan dan denda oleh R.O.S. Semua perlu dilakukan secara atas talian serta menepati masa. Alhamdullilah, dengan bantuan mantan SU, perkara ini dapat diselesaikan menepati jadual/tempoh masa yang diberikan oleh R.O.S.

Selain itu, penyediaan minit MAT dan memanggil mesyuarat penggal baru peralihan kuasa sudah pastinya memeningkan kepalaku yang tidak pernah memegang jawatan SU (tidak minat pun!) namun atas kepercayaan maka tanggungjawab itu perlu digalas. Aku sudah biasa bergerak sebagai AJK sudah pasti tidak begitu selesa dengan perubahan ini. Bagiku, AJK kerjanya senang -laksanakan tugasan yang diberikan dan selesai. Minit mesyuarat pun aku tidak pernah simpan, habis mesyuarat-laksanakan arahan, campak minit mesyuarat entah kemana. Kali ini semuanya perlu disusun dan diatur sebaik mungkin bagi memudahkan segala urusan kerja.

Aku juga terpaksa berurusan dengan pihak bank bagi pertukaran nama pemegang amanah akaun. Pendek kata, banyak perkara yang perlu dilakukan selaku Setiausaha Kehormat. Suka atau tidak perkara ini perlu dilakukan kerana kepercayaan tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Kepercayaan yang diberikan merupakan satu mandat ahli kepadaku untuk bekerja dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Rupa-rupanya jawatan SU ini tidak terhenti disitu, aku juga dilantik sebagai SU Mesyuarat bagi Cawangan tempat kerjaku...Aduhhh...pening...walaupun berkali-kali aku menepisnya, namun pegawai atasan tetap mahukan aku juga. Alasan demi alasan tetap ditolak. Alasan kekalkan SU lama pun tidak diterima. Pada dasarnya aku bersetuju untuk menjadi SU Cawangan bagi tempoh dua tahun sahaja. Harap-harap sekadar itu saja. 

Aku bukan jenis suka pada jawatan kerana terasa tidak bebas untuk bekerja. Rasa kekok untuk memberikan arahan berbanding menerima arahan. Namun, inilah realiti hidup. Suka atau tidak, boleh atau tidak bukan aku yang menilai sebaliknya umum yang membuat penilaian dan keputusan. Jika akhirnya mereka memilihku, maka itu bermakna, mereka yakin dengan kebolehanku walaupun aku sendiri tidak berapa yakin dengan diri sendiri menghadapi situasi ini...hahahaha....

Kini, aku cuba yang terbaik dan cuba menyesuiakan diri dengan beban kerja baru.......semoga semuanya berjalan dengan baik seperti yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment