Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Friday, July 15, 2016

Tautan Ukhuwah Aidilfitri 3 Buah Sekolah.

Chegar Batang, 2 Syawal 1437H- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat hidup yang tidak terhitung. Dengan izinnya dapat sekali lagi aku mengadakan satu pertemuan yang cukup bermakna dalam usaha mengeratkan ukhuwah dalam kalangan rakan-rakan yang kini berada diserata tempat kerana urusan kerja masing-masing. Justeru, dikesempatan cuti Aidilfitri ini perlu dimanfaatkan dengan satu sesi pertemuan bersua muka, berbual bicara hal masing-masing dan berkongsi suka duka dalam kemeriahan Aidilfitri.

Walaupun sasaran awalku ialah mengharapkan kehadiran rakan-rakan yang sememangnya telah terputus hubungan sejak 30 tahun lalu, namun kehadiran rakan-rakan yang selalu aku bertemu tidak sedikit pun melunturkan semangat ukhuwah. Mungkin mereka ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan....aku mampu merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik. 

Alhamdulillah, pada hari tersebut, cuacanya amat baik sekali - memberi ruang santai yang lebih kepada rakan-rakan berborak sakan di laman rumah keluargaku. Majlis bermula seusai 4.00 petang dan berakhir 7.25 malam.

Mohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan atasa kesibukanku melayani tetamu lain. Memang tidak banyak masa yang aku boleh duduk bersembang dengan semua orang pada pertemuan kali ini (3 buah sekolah, berbanding sebelum ini hanya 1 sekolah sahaja)) melainkan dipenghujung majlis. Mohon maaf juga jika jamuan yang disediakan kurang menenpati selera dan kekurangan yang lain. Namun, aku puas dan gembira dapat bertemu dan mengumpulkan anda semua kerana anda adalah sahabatku!

Terima kasih, insayaAllah jika diizinkan Allah, kita bertemu pula di majlis yang lain.

Antara mereka yang sempat dirakam..

Gang SKPA 1979/84











Kiri: DSaloma,M.Suhaimi,M.Hassan,M.Zaki,W.Salmizan,M.Khairuddin,Zainuddin, SBA


Layan diri bosss...













Makan dan berborak...







Gang SMKKB 1990/91..

Dari Kiri: M.Yusri (Sg.Petani),SBA, Aswardati (KL),Nor Aini JK (Jerteh), Normaziah(Kok Lanas),Roziani (Machang), Siti Mariam (P.Puteh) dan Zubaidah (Kota Tinggi)


Yang ketinggalan masa sesi bergambar...Mahadi (Renek), Nik Kamila (K.Besut),Norriza (P.Akar) dan M.Redzaudin(Jerteh)


Seusai 4.00 petang.....apa tunggu lagi..



Gang SMUWAK 1985/87
Terima kasih cikgu Razak.


Lps Isyak, kami (SKPA) membuat ziarah ukhuwah ke kediaman Norizan yang baru kematian anak sulongnya...Innalillah & AlFatihah buat adik 'Mat Yo' semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman..Amin

Keluarga Awin pun datang. Terima kasih Awin & Faisal

Penutup majlis......terbaik dan terima kasih semua...



No comments:

Post a Comment