Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Sunday, July 25, 2010

Jacob's Walk of Life

Seawal pagi tadi saya bersama rakan krew yang lain berkumpul di booth masing-masing bagi menjayakan program Jacob's Walk of life yang berlangsung di FRIM buat julung kalinya.


Pelbagai acara turut diadakan pada program setengah hari ini. Antaranya pemeriksaan tulang, persembahan artis juga makan produk Kraf (biskut Jacob dan lain-lain).


Berkerja dibarisan hadapan ini perlu sabar dan senyum sentiasa. Pelbagai kerenah pengunjung dan peserta yang perlu dilayan mesra. Kami telah dilatih untuk sabar dan mesra meskipun yang datang itu dengan mukan yang marah dan benggang. Adat berurusan dengan pelanggan. Seronok juga melihat pelbagai gelagat peserta.Macam-macam perangai......


Seawal 5.00 pagi mereka yang terlibat telah berkumpul. Tua, muda, bujang dan telah berkahwin tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Namun menjelang 6.00 pagi adalah waktu yang agak merimaskan kerana waktu itu adalah waktu subuh. Dan pada waktu inilah peserta yang terlibat dengan walk of life mengesahkan kehadiran mereka. Ketika inilah kita lihat pertembungan antara Tuhan dan Manusia. Kerana ingin turut serta dan menjayakan program ini, berapa ramai yang tidak menunaikan solat subuh. Daripada sudut kemanusiaan, memang bagus setiap mereka yang mengambil bahagian menepati waktu yang ditetapkan pihak penganjur namun dimanakah letaknya ketaatan kita kepada Allah sebagai seorang muslim? Apakah ketaataan kepada manusia itu melebihi Allah SWT? Siapakah yang Maha Besar?


Sewajarnya dalam situasi begini, kita sebagai umat Islam perlu bertegas bahawa waktu solat adalah madatori; tiada kompromi. Namun demi menjaga nama, perintah daripada Maha Esa bagai tiada apa-apa jika diabaikan? Kenapa kita harus begini?


Syukur, saya dan beberapa rakan lain sempat solat meskipun penyelia bertanyakan kemana rakan-rakan lain, namun kami jelaskan kepada mereka sekarang adalah waktu solat. Walaupun nampak sedikit rasa kecewa diwajah penyelia booth tersebut namun kami tetap bergilir-gilir untuk solat. Itu bagi yang rasa solat itu wajib. Bagi yang tak kisah? Tepuk dada tanya iman.....


Pesanan saya pada diri sendiri dan rakan-rakan jika kita rasakan aktiviti yang disertai itu boleh mengganggu solat, baik tarik diri namun jika ia tidak mengganggu waktu solat boleh teruskan. Dan sewajarnya kita sebagai muslim mesti pertontonkan kelebihan solat dan ketaatan kepada Allah mengatasi segala-galanya kepada mereka yang bukan muslim supaya mereka lebih faham dan menghormati agama islam.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment