Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Monday, August 2, 2010

Masih ada Melayu berfikiran kolot dialaf baru?

Sesekali berpeluang bertemu dengan warga kampung saya, saya amat teruja. Pelbagai cerita yang dapat dikongsikan bersama. Maklumlah bukan senang untuk bertemu mereka. Kita di kota mencari rezeki, mereka didesa dengan kerjaya sendiri. Detik yang mungkin dapat jumpa hanya pada hari raya atau kenduri kendara. Jika 10 tahun lalu masih bujang, kini dah berkeluarga dan tampil dengan wajah yang matang.


Lalu, pada satu majlis gotong royong membersihkan kubur kampung tercinta saya, saya berkesempatan untuk menyapa Tok Ketua baru. Bukan orang lain, jiran jugak-tetapi bukan berdekatan-masih satu kampung. Masa saya dibangku sekolah rendah saya sering menziarahi rumah keluarganya kerana adiknya menjadi rakan sekolah. Boleh dikatakan seluruh keluarganya saya kenali dan begitulah sebaliknya. Tetapi sekarang mungkin dia 'kurang' mengenali saya,sebab dia orang politik...saya ini siapalah sangat.......Saya tidak kisah pun.Yang penting bagaimana saya boleh sumbangkan idea yang saya kutip dikota untuk perubahan dikampung saya.


Melihat pada susun atur kubur yang tidak tersusun-tabiat orang melayu, nak kebumi jenazah disekitar kawasan anak beranak.Jika dikawasan itu terletaknya kubur keluarga A, maka waris keluarga A akan cuba dikebumikan waris yang lain disekitar. Ini menyebabkan kesukaran untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan nampak tidak kemas.


Sebenarnya telah lama saya cadangkan bentuk kubur yang tersusun dan teratur sepertimana yang banyak dilakukan dikawasan bandar. Keadaan ini memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga memudahkan waris mengenal pasti kubur ahli keluarga mereka selain nampak kemas. Maka dikesempatan itu sekali lagi saya mencadangkan kepada Tok Ketua agak dibuat satu bentuk perkuburan yang tersusun dibahagian yang masih kosong. Dikawasan sedia ada-berterabur dan ikut selera waris masing-masing, biarkanlah.
Namun jawapan yang diberikan mendukacitakan saya "susah..orang kita ni nak kebumi dekat anak-beranak dia" . Jawapan sebegini tidak menampakkan keintelektualan beliau selaku tok ketua!


Sebagai seorang Tok Ketua, sepatutnya beliau berani mencuba dan tegas dengan keputusan bukannya memberikan jawapan berdasarkan andaian masyarakat melayu yang masih kolot fikirannya. Sewajarnya Tok Ketua menjelaskan kepada anak kariahnya sudah tiba masanya untuk kita menyusun-atur kubur agar nampak kemas tersusun- agar senang untuk diurus dan ziarah. Disamping itu jelaskan kepada anak kariah bahawa, simati boleh dikebumi dimana jua dan tidak lagi berpegang pada pandangan kolot-'kebumi dekat dengan anak-beranak'. Apakah jika dikebumikan dekat-dekat, mereka boleh tolong menolong dalam persoalan kubur? Tidak! Ini yang perlu dijelaskan kepada anak kariah.


Persoalannya, bukankah dengan bentuk perkuburan yang tersusun ini menyenangkan siwaris mengenali kubur ahli mereka?Menyenangkan kerja-kerja memotong rumput dan sebagainya? Kenapa kita masih takut untuk menukar pemikiran kolot sesetengah otak Melayu?


Kalaulah untuk merubah cara susun atur kubur pun tidak berani merubah pemikiran Melayu, maka apakah bentuk perubahan yang boleh dilakukan? Ekonomi? Sosial?


Jika tanggungjawab sekecil itupun tidak mampu merubah pemikiran melayu, maka jangan haraplah untuk merubah pemikiran Melayu dalam konteks yang lebih mencabar seperti politik, ekonomi dan sebagainya.


Beranilah untuk berubah....

No comments:

Post a Comment