Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Sunday, September 19, 2010

Raya oh Raya 1431H...

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi menikmati rezeki dibumiNya ini. Pemergian Ramadhan kali ini sedikit tersentuh kerana banyak perkara yang masih belum tercapai sepanjang bulan barokah itu. Kehadiran Syawal yang diraikan pun tidaklah seceria sangat pun. Masih ada sisa-sisa perjuangan yang belum tercapai sepenuhnya.


Namun, dengan izinNya juga beberapa perkara telah dapat dilaksanakan. Antaranya perancangan Majlis Perjumpaan EXF6SMKKB 90/91 telah berjaya dilangsungkan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.Meskipun gagal mencapai hasrat sebenar namun kehadiran rakan-rakan lama dan baru sedikit terubat rindu dan mengharapkan agar pada tahun depan penyertaan kan bertambah ramai.


Perjumpaan dengan EXSMAIJ 89 turut merakam sejarah tersendiri. Daripada janjitemu dengan 2 orang kawan menjadikan kepada 7 orang. Semua pertemuan itu adalah secara ad-hoc dan berbicara dibawah pohon sentul sahaja (perkarangan rumah rakan). Hampir 20 tahun tidak jumpa...Yang menariknya, pertemuan itu adalah dikalangan kami yang telah beranak pinak tetapi tidak diiringi isteri juga anak-anak. Terasa bagai baru 18 tahun pulak!! Terima kasih kepada Azuraidi Yusof,Wan Basiron,Nik Wan,Mahadi,Azuraidi Jusoh dan Mohd.Zaid kerana telah sudi melapangkan sejam untuk kita mengimbau kembali kenangan 89....Tahniah kepada Zaid yang telah menyambut kelahiran anak ke-8 (Amir Ramadhan) beberapa jam selepas pertemuan itu.


Hasrat untuk menziarahi rumah bekas guru juga tercapai. Antara yang sempat diziarahi ialah rumah Cikgu Affandi dan Hjh Rohani. Kepada bekas guru lain insyaAllah tahun depan.


Kepada rakan-rakan yang sudi menerima kunjungan; Zahira, Zaleha Mahmood, Norhayati, Zaleha Sulaiman (K.Terengganu), Siti Mariam, Ana(Kuantan), Yusri, Hassan, Suhaimi dan Amran. Kepada rakan-rakan yang belum tertunai jemputan insyaAllah tahun depan kita bertemu...


17 September 2010.....2 jam selepas tiba di kediaman dari kampung, anak-anak kejiranan datang beraya..seronok tengok gelagat raya mereka..Dan malam tadi sempat juga menziarahi 3 buah rumah kawan dikejiranan ini..Kepada Elly adan rakan-rakan di Sungai Buloh, maaf sebab minggu ni masih belum sempat untuk kesana....


Semoga semuanya dalam kerahmatan dan keredhaan Allah selalu hendaknya.



"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"

No comments:

Post a Comment