Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Sunday, September 26, 2010

Sebuah memori

Termenggu aku dianjung sepi
Membilang hari-hari berlalu penuh teka teki
Mencari suatu erti yang belum pasti
Terperap nun disudut hati

Didaerah hati sepi
Melayang semua memori lalu
Mengimbau semua sejarah membelah kesepian malam
Tersenyum mengenangkan detik manis itu
Tersentak saat tersingkir-berlalu
Dengan sedu dan suram

Dalam kepayahan menggengam sebuah cita
Dalam kesetiaan sebuah cinta
Bersimpul dalam sebuah harapan yang tidak pasti...
Mencari dan terus menanti..
Penantian panjang yang menjemput keperitan
Sebuah kesetian yang tersungkur dipintu impian.

Kerana terlalu lama menantimu,
kerana setia dengan cintamu,
Kerana terlalu lama merinduimu
kerana sayang padamu....
Sakit yang panjang bagai tiada biasa lagi
Air mata bagai sudah lama terhenti
Tinta cinta bagai telah kering untuk ditintakan
Kasih itu bagai debuan melayang ditiup angin

Mengintai sebuah peluang
Terlepas sebuah harapan

Namun sebuah memori itu
Tetap terukir indah dilubuk sanubari.....

No comments:

Post a Comment