Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Wednesday, September 29, 2010

Menjadi teka-teki..SMAIJ 89

Entah kenapa,tiba-tiba aku teringatkan kenangan semasa diasrama SMAIJ 1989. Banyak kenangan suka duka yang terpahat disana meskipun cuma 2 tahun sahaja aku belajar disana.


Pihak pengurusan telah merancang untuk mengadakan Hari Terbuka Asrama. Kami seronok kerana inilah peluang ibu bapa boleh menziarahi kawasan asrama dan melihat kemudahan yang disediakan untuk kami sepanjang berada diasrama.


Pada malam sebelum majlis berlangsung, aku bersama beberapa rakan sebilik telah merancang pelbagai agenda (agenda makan-makanlah..) selepas majlis pelancaran di dewan sekolah. Aku,Suhaimi dan Faizul lengkap berbaju melayu menuju ke dewan untuk melihat pelbagai acara yang berlangsung sebelum acara menjamu selera. Kebetulan aku tidak bersarapan pagi..mesti lapar dan inilah peluang aku nak makan banyak pun,getus hatiku.


Sebagai ketua bilik, nama aku dipanggil naik ke pentas untuk menerima cenderahati. Aku telah berpesan kepada dua orang rakanku itu, sebaik saja lepas aku terima cenderahati, kami bertiga terus menuju ke asrama perempuan yang menjadi lokasi jamuan pada hari itu. Makan dan ambil sebanyak yang mungkin makanan yang terhidang itu. Bawa balik kat asrama, boleh makan waktu terluang sementara nak tidur...baik punya pelan!!


Sebaik keluar dewan, kedua-dua kawanku hilang entah kemana. Aku keseorang menuju ke dewan makan asrama. Sambil mencari rakan-rakan lain. Dihati masih lagi membara untuk menikmati sepuasnya makanan yang dihidangkan terutamanya kuih kegemaranku-seri muka dan kuih gulung (ketayap)..tak sabar rasanya.


Didewan itu, aku memilih barisan hidangan yang paling lengang. Aku terus menujui kuih kegemaranku..huh sedapnya..dan secawan teh o....lega rasanya..namun tiba-tiba.....


Rosnani rakan sekelasku menegurku. Bagiku tak kisahlah sebab aku dah kenal sangat dengan dia. Namun ada perkhabaran lain yang membuatkan aku terkedu dan merencatkan selera makanku. Hilang segala selera...aku mencari rakan-rakanku...ahhh..apa aku nak buat?


"Ada orang nak bergambar dengan kau,kau sudi?" Tanya Rosnani

Biasalah,aku kan lelaki..berlagak macholah. Lagipun bukan aku yang pinta.

" Siapa?" Tanyaku ringkas.

"Adalah. Kau sudi tak?"..Aduh, Rosnani...yang kau jadi posmen ni kenapalah pulak....aku mulai resah dan berpeluh.....

"Tetapi siapa? Kau pastikah aku yang dimaksudkan? Kau jangan bergurau".Aku mencari kepastian.

" Aku pasti dan memang kau. Kau tunggu sekejap". Jelas Rosnani sambil berlalu meninggalkan aku yang masih berteka-teki. Jantungku berdegup kencang. Aku masih mencari wajah-wajah itu. Tidak juga ku temui. Betulke ni...pelbagai persoalan bermain dimindaku....


Tiba-tiba " Ok, ready" Kata jurukamera (aku pun tak ingat siapa dah..). Ketika itu aku dapat rasakan kehadiran seseorang berdiri disebelah kananku."1,2,3..klik!"( masa tu mana ada kamera digital). Aku jadi terpaku. Aku langsung tidak memandang kepada individu yang disebelahku. Aku cuma mampu mendegar ucapan "terima kasih" dan aku membalasnya "sama-sama". Itu sahaja. Aku kaget..Selepas kumpulan Rosnani berlalu meninggalkan aku yang masih terpingga-pinga itu, aku pun berlalu meninggalkan dewan makan itu dengan seribu teka-teki. Melangkah keluar tanpa membawa balik sebarang kuih kegemaran seperti yang kami rancang malam tadi.


Bagi aku, kalau ia berdiri disebelah kananku bermakna ia adalah kawan biasa. Kalau disebelah kiri ia kawan istimewa. Itu tafsiran cinta aku. (Eh, aku ada perasaan cintake?) Memandangkan, ia berdiri disebelah kanan, lantaklah..apa aku nak kisah. Itukan kawan (mengikut istilah yang aku berikan), kenapa aku nak semakkan kepala memikirkan yang bukan-bukan.


Dan sehingga kini aku tidak tahu siapakah yang berdiri disebelah kananku itu. Walaupun aku cuba bertanyakan sendiri kepada Rosnani namun dia tetap merahsiakan. Aku sekadar berteka-teki dan mengandaikan sahaja...Sehingga kini ia tetap menjadi misteri...aku pun dah tak kisah...Nantilah,kalau aku jumpa Rosnani aku cuba tanya dan flashback kenangan itu..


Namun yang pasti ia antara 1001 kenanganku yang terakam indah untuk dikenangi....



No comments:

Post a Comment