Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Thursday, March 16, 2017

Tentangku

Dilahirkan di sebuah desa yang penuh tenang dan damai yang diberi nama Kg. Chegar Batang. Dari kecil dibesarkan oleh nenek dan datuk sebelah bapa. Memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Pasir Akar pada tahun 1979 sebelum melanjutkan pendidikan ke Sek Men. Agama Wataniah, Alor Keladi. Pada awalnya aku memilih SM Bukit Payong dengan alasan tersendiri namaun ibubapa ku menentang hasrat aku dan mereka menukar permohonan ku ke SM Bukit Payong ke SMUWAK kerana mereka ingin aku didedahkan dengan ilmu keagamaan. Meskipun paksarela, namun aku tidak mengewakan harapan mereka. Aku berusaha untuk membalas jasa mereka.
Image result for sawah padi
Padi telah masak....rindu pada kenangan ini...

Image result for sawah padi
Sawah padi sudah tidak asing lagi bagiku...tenang..

1988- Menyambung pendidikan ke SM(A) Maarif, Kg. Raja dan sebelum menduduki peperiksaan hujung tahun aku kembali ke SM (A) Ittifakiah, Jerteh

1989- Meneruskan sisa terbaki dalam perjuangan di SM(A) Ittifakiah, Jerteh

Image result for bandar jerteh
Bandar Jerteh.....tempat pertemuan sebelum balik hujung minggu dan ke asrama semula
Image result for bandar jerteh
Masjid Hadari (berwajah baru). Ketika zamanku inilah masjid solat jumaat....berjalan kaki 1km dari asrama...bestnya...
1990-1991- Menyambung pendidikan ke SM Kuala Besut. Aku antara pelopor tingkatan enam pertama di sekolah tersebut. Meskipun serba kekurangan berbanding sekolah sebelum ini, ia sedikit pun tidak pernah memadamkan cita-citaku. Bagi aku, jika sekolah hebat, guru hebat tetapi aku tidak hebat maka cita-citaku tidak tercapai jua. Biarkan aku hebat dulu. Alhamdulillah, meskipun aku bukan terpilih untuk tersenarai sebagai pelajar terbaik tingkatan enam (ada hikmahnya tu), namun kami berjaya meletakkan SMKB dipersada lanskap pendidikan Besut menewaskan sekolah-sekolah elit yang lain. Gah seketika nama SMKB.
Image result for kuala besut
Jeti ke Pulau Perhentian.
Image result for kuala besut
Pasar Minggu.....Setahun di SMKB, jemu dah dengan pasar minggu ini. Macam-macam ada, luas dan memenatkan untuk menjelajahinya. Belinya tak, meronda jer. Yang pasti beli air jagung....

Image result for kuala besut
Stesen Bas.....tempat pertemuan sebelum ke asrama. Kalau dapat naik bas perjalanan Jerteh-K.Besut-P.Puteh ,terus ke asrama. Kalau tidak, menapak ke asrama menyusuri jalan kampung

1991- Selepas mendapat keputusan STPM, aku mohon izin dengan ibuku untuk hijrah ke ibukota. Bermula dari detik itu sehingga kini aku bergelar wargakota...... 

Image result for kuala lumpur
Kota yang tidak pernah tidur...

Tuesday, March 14, 2017

Politeknik baru akan dibina di Besut

BESUT - Sebuah politeknik bernilai RM180 juta akan dibina di Besut pada tahun ini bagi memenuhi keperluan graduan dalam bidang teknikal khususnya di negeri ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, politeknik tersebut akan dibina di satu kawasan berhampiran Bukit Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Putera di sini. Katanya, majlis pecah tanah pembinaan politeknik berkenaan akan dilakukan pada 18 Mac ini dan pembinaannya dijangka mengambil masa tidak melebihi tiga tahun. "Dengan pembinaan politeknik ini, negeri Terengganu akan mempunyai dua politeknik selain di Dungun yang mampu menampung lebih 1,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Berkelompok Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Dun Jerteh di Dewan Gong Nering di sini, hari ini. Idris juga berkata, kementeriannya meluluskan peruntukan berjumlah RM40 juta bagi pembinaan sebuah perpustakaan baharu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Kampus Tembila, di sini dan membina beberapa bangunan fakulti baharu tahun ini.

sumber: 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/politeknik-bernilai-rm180j-dibina-di-besut-1.641530

Monday, July 18, 2016

Pidato Erdogan Selepas Kudeta Tersungkur




Pidato Erdoğan di hadapan ribuan rakyat Turki selepas merayakan kejayaan mempertahankan demokrasi Turki dari rampasan kuasa tentera.

"Saudara-saudariku, saya atas nama peribadi, atas nama bangsa ini, saya mengucapkan terima kasih atas tindakan berani yang kalian perlihatkan. Saudara-saudari tercinta, kita semua bersama dalam perjalanan suci ini." 

"Dalam perjalanan ini, ketundukan, penghambaan hanya ada kepada Allah. Mereka yang menghamba kepada hamba, menghamba kepada kepentingan, dengan menyusup ke dalam tubuh angkatan tentera kita yang bersih, lewat apa yang mereka lakukan pada pasca 17-25 Desember, lewat apa yang mereka lakukan (kudeta) malam tadi, mereka telah menampakkan diri mereka sebenarnya.
"Malam tadi, mereka memperlihatkan keganasan dalam erti sebenarnya. Begitu rendahnya mereka ini, senjata, kereta kebal dan helikopter yang dibeli dengan hasil keringat rakyat, mereka halakan kepada rakyat. Pesawat F-16 terbang di langit ini, apa itu mereka beli dengan wang bapak mereka?" kecam Erdogan dengan keras.

Erdogan juga menyebut kelompok kudeta ini adalah sekelompok kecil di dalam tubuh angkatan tentera. 

“Mereka tidak mengendalikan tentera, dan mereka tidak boleh dan tidak mampu melakukannya. Pemerintah yang dipilih rakyat saat ini masih dalam tugas.

"Saya ingin kalian tahu ini. Selama nyawa ini dikandung badan, dengan kain kafan tersarung, tidak ada yang tidak boleh kita lakukan untuk berdiri kukuh melawan kelompok ini,” kata Erdogan.

Dalam kesempatan ini, Erdogan juga sampaikan pesannya ke Pennsylvania, kepada pimpinan kelompok yang dikenal dengan "parallel state":

“Cukup pengkhianatan yang kamu lakukan terhadap bangsa ini, terhadap ummat ini. Kalau kamu tidak bersalah, ayuh balik ke negerimu. Kekuatanmu tidak akan cukup untuk menghancurkan negeri ini dari sebuah bilik,” serunya.

Kredit kepada: http://kerabubersuara.blogspot.my/ 

Friday, July 15, 2016

Tautan Ukhuwah Aidilfitri 3 Buah Sekolah.

Chegar Batang, 2 Syawal 1437H- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat hidup yang tidak terhitung. Dengan izinnya dapat sekali lagi aku mengadakan satu pertemuan yang cukup bermakna dalam usaha mengeratkan ukhuwah dalam kalangan rakan-rakan yang kini berada diserata tempat kerana urusan kerja masing-masing. Justeru, dikesempatan cuti Aidilfitri ini perlu dimanfaatkan dengan satu sesi pertemuan bersua muka, berbual bicara hal masing-masing dan berkongsi suka duka dalam kemeriahan Aidilfitri.

Walaupun sasaran awalku ialah mengharapkan kehadiran rakan-rakan yang sememangnya telah terputus hubungan sejak 30 tahun lalu, namun kehadiran rakan-rakan yang selalu aku bertemu tidak sedikit pun melunturkan semangat ukhuwah. Mungkin mereka ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan....aku mampu merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik. 

Alhamdulillah, pada hari tersebut, cuacanya amat baik sekali - memberi ruang santai yang lebih kepada rakan-rakan berborak sakan di laman rumah keluargaku. Majlis bermula seusai 4.00 petang dan berakhir 7.25 malam.

Mohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan atasa kesibukanku melayani tetamu lain. Memang tidak banyak masa yang aku boleh duduk bersembang dengan semua orang pada pertemuan kali ini (3 buah sekolah, berbanding sebelum ini hanya 1 sekolah sahaja)) melainkan dipenghujung majlis. Mohon maaf juga jika jamuan yang disediakan kurang menenpati selera dan kekurangan yang lain. Namun, aku puas dan gembira dapat bertemu dan mengumpulkan anda semua kerana anda adalah sahabatku!

Terima kasih, insayaAllah jika diizinkan Allah, kita bertemu pula di majlis yang lain.

Antara mereka yang sempat dirakam..

Gang SKPA 1979/84











Kiri: DSaloma,M.Suhaimi,M.Hassan,M.Zaki,W.Salmizan,M.Khairuddin,Zainuddin, SBA


Layan diri bosss...













Makan dan berborak...







Gang SMKKB 1990/91..

Dari Kiri: M.Yusri (Sg.Petani),SBA, Aswardati (KL),Nor Aini JK (Jerteh), Normaziah(Kok Lanas),Roziani (Machang), Siti Mariam (P.Puteh) dan Zubaidah (Kota Tinggi)


Yang ketinggalan masa sesi bergambar...Mahadi (Renek), Nik Kamila (K.Besut),Norriza (P.Akar) dan M.Redzaudin(Jerteh)


Seusai 4.00 petang.....apa tunggu lagi..



Gang SMUWAK 1985/87
Terima kasih cikgu Razak.


Lps Isyak, kami (SKPA) membuat ziarah ukhuwah ke kediaman Norizan yang baru kematian anak sulongnya...Innalillah & AlFatihah buat adik 'Mat Yo' semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman..Amin

Keluarga Awin pun datang. Terima kasih Awin & Faisal

Penutup majlis......terbaik dan terima kasih semua...