Hebahan

Selamat Datang Ke Laman Blog Shamsul-AlBesuti

Friday, January 28, 2011

Aku...

Aku....

Betapa aku dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini
Kadang-kadang tersadung akar emosi
Yang berseratan dihamparan menghijau lamanku.

Aku hanya aku
Insan kerdil yang mengembara dihamparan harapan
Dengan seribu impian
Terkadang aku tersungkur
Rebah diselutan kecewa
Dibadai taufan emosi
Yang menghempas, memintal minda

Biar rebah tersungkur
Biar terpercik darah dan nanah kedukaan
Biar terpaksa mengesot
Menyeret siatan kulit kecewa
Akanku teruskan perjuangan ini

Biar berkecai daging
Biar berkecai tulang
Biar tercabut nyawa melayang

Biar sesak nafas
Biar sebak dada

Namun perjuangan ini tetap membara.
Aku tidak sesekali melepasi gengaman setia ini
Jauh sekali mendustai janji termeterai
Ku gengami erat biar terlerai jari sekalipun....

Padaku, derita itu sudah sebati denganku
Kan ku baluti luka itu dengan cara sendiri
Kerana aku adalah aku....

Saturday, January 8, 2011

Hebahan 2: Perjumpaan Kali Ke-3 ExF6SMKKB 90/91

Assalamu'alaikum,

Insya Allah satu perjumpaan ExF6SMKKB 90/91 akan diadakan pada tahun ini sepertimana berikut:

TARIKH : 31 Ogos - 1 Sept. 2011 (2 -3 Syawal 1432H)
(Check in 6.00 Ptg; Check Out 12.30 t/hari)

TEMPAT: Kem Seri Kluang, Besut, Terengganu.

Maklumat program akan dimaklumkan kemudian.


Sekian dan harap maklum,

Setiausaha

Monday, December 20, 2010

Bersiar-siar di sekitar KL...

Semalam sempat bawa keluarga jalan-jalan sekitar KL meskipun terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta yang memuatkan 9 orang (termasuk diriku selaku pemandu)....apa boleh buat, semua nak berjalan-jalan.....

Destinasi pertama ialah KLCC. Anak-anak sibuk nak mandi. Memandangkan banyak tempat nak dilawati, hasrat itu dibatalkan.

Destinasi seterusnya ialah Muzium Negara.


Antara barangan yang dipamer di Muzium Negara ialah Bekas kuih masyarakat Nyonya.



Antara bahagian lain yang dilawati ialah Zon Kolonial. Inilah antara kenderaan yang digunakan Tentera Jepun ketika menakluki Tanah Melayu, 1941.



Ini pula basikal tua yang sering kali digunakan penoreh getah pada era-era 70-an.



Sempat merasai zaman posmen menghantar surat menggunakan basikal seperti ini.
Di sini anak-anak didedahkan tentang setem dan cara menjaga setem (koleksi)

Selepas itu menunaikan solat zohor di Masjid Negara. Disebabkan masing-masing dah lapar, kami menjamu selera (nasi minyak...isteri yang masak..hmmm sedapnya) di Taman Tasik Perdana sebelum meneruskan lawatan ke Planetarium Negara.
Seterusnya solat asar di Masjid Wilayah....Anak-anak macam tak ada rasa penat...

Thursday, December 2, 2010

MAHA 2010

Sempat juga aku mengunjungi MAHA 2010 yang sedang berlangsung sehingga 5 Dis.2010...Aku menghabiskan masa selama 4 jam (Semalam) untuk mengunjungi gerai-gerai pameran. Itupun masih ada yang belum dilawati...penat!!!



Kalau aku boleh rambang mata tengok orkid,apatah lagi kaum wanita...




Pelbagai jenis Orkid yang dipamer...rambang mataku..



Untuk ke tempat pameran haiwan kami terpaksa berbaris 15 minit dibawah terik mentari sebelum menaiki bas...memenatkan...
Itu hanya sebahagian yang sempat dirakam....jika anda berpeluang untuk ke sana pastikan bawa payung dan air minuman...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Aidil Adha

Sedar tak sedar Aidil Adha datang lagi. Ia datang membawa 1001 pengajaran untuk umat Islam menghayatinya. Seluruh alam bergema dengan takbir dan tahmid mengagung kebesaran Ilahi. Tahmid kesyukuran ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam pengabdian diri dengan setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Aidil Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya. Kita juga perlu ingat terhadap pengorbanan besar Siti Hajar. Ia membawa pengajaran besar kepada muslimat jika benar-benar dihayati.

Kenikmatan Islam hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan Para Sahabat juga syuhada yang berjuang mempertahan dan menyebarkan islam ke setiap pelusuk dunia. Ada diantara mereka yang mengorbankan harta dan tidak kurang nyawa sendiri. Demi Islam, tidak sedikit pengorbanan mereka. Penghayatan serta kefahaman terhadap pengorbanan yang dilakukan mereka yang berjiwa kental ini seharusnya diinsafi serta dihayati oleh seluruh umat Islam, terutama di kalangan para belia. Peranan ini boleh dijayakan menerusi proses penghayatan semangat Aidiladha dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seluruh ajaran Islam di dalam amalan dan penghayatan diri.

Firman Allah s.w.t , pada surah at-Taubah, ayat 71 yang bermaksud:“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Jelaslah juga dari pengertian ayat tersebut bahawa Allah s.w.t mengiktiraf peranan besar yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu Muslim walaupun bentuk tugas dan skop yang berlainan. Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa segala perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan kita laksanakan perlu selari dengan semangat ini. Justeru itu, kita perlu sedari juga bahawa di dalam usaha-usaha kita meneruskan perjuangan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Pada pandangan jumhur ulama bahawa tindakan kita bergerak dalam jamaah Islam, isitiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita adalah satu manifestasi “menolong agama Allah”. Jika kita dapat menghayati dan berjaya melaksanakan tututan jamaah dengan ikhlas, maka layaklah kita mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.

Akhir kata pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha dan hayatilah pengorbanan serta ketabahan junjungan besar Muhammad SAW, Para Sahabat,Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S,Siti Hajar dan para Syuhadah dalam semua aspek kehidupan kita, kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seluruh Malaysia.

Semoga Allah merahmati segala urusan kehidupan kita semua dan memberi kekuatan untuk kita terus gigih dan komited di medan dakwah.

Wassalam.

Monday, October 4, 2010

Rumah Terbuka 1431H...

Terima kasih kepada rakan-rakan dan sanak saudara yang sudi hadir ke majlis kami.
Kami mohon maaf kiranya layanan yang tidak memuaskan. Semua yang kurang itu adalah dari kami jua, yang baik itu daripada Allah.

3. Rumah Terbukaku..3 Sept,2010-mulai 11.00 pagi berlarutan hingga 9.00 malam. 5 Jam tambahan masa daripada jadual asal (sehingga jam 4 petang sahaja). Tidak terduga hampir 100 orang datang..laksa sarawak, nasi kuning (resepi Zaleha S) dan meehon sup habis. Tak membazir..Terima kasih semua. Kebetulan pulak cuaca mengizinkan berbanding malam tadi, santai dilaman rumah dibawah rimbunan hijau... yang terlepas pandang tu mohon maaf, jangan serik..kita cuba tahun depan.


SMAIJ: Azuraidi, Abd.Ghani dan Wan Nordin



SMKKB: Normaziah dan Roziani.



OUM : Liza dan Famili serta Musdalifah......


Bersama sepupu-sepupu. Selalunya mereka ni hadir dipenghujung majlis. Barulah boleh sembang panjang-panjang.


2. Rumah Terbuka Penduduk Jalan Jelutong.(2 Sept,2010)
Ini kali kedua aku menyambut majlis ini sejak menjadi ahli kariah sini (tahun kedua). Majlis ini dilakukan secara gotong royong. Macam suasana kampung..yang mengekalkan budaya ini. Tahun lepas dianggarkan 500 orang menghadirinya. Memandangkan sambutan hangat, kami menjangkakan pada tahun ini 600 orang akan hadir (bergantung pada cuaca). Namun sehingga jam 10.00 malam tidak kurang 300 hadir, hujan turun dengan lebatnya sehingga 11.00 malam hujan mulai reda...kami pun tutup kedai..


Penyediaan lemang...



Anak-anak kejiranan yang ringan tulang. BBQ ini mereka yang control..


Mereka yang susun atur kerusi meja...memang rajin.



Bersama jiran dalam penyediaan meehoon sup


Kaum ibu menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Semua urusan memasak dan cuci periuk belanga dilakukan oleh kaum lelaki.


Antara tetamu yang terperangkap dalam hujan lebat...


Antara yang hadir memenuhi kawasan.


En. Shah dan En. Wan (tenaga penting majlis) sibuk melayani permintaan teh tarik.


---bersambung.

Wednesday, September 29, 2010

Menjadi teka-teki..SMAIJ 89

Entah kenapa,tiba-tiba aku teringatkan kenangan semasa diasrama SMAIJ 1989. Banyak kenangan suka duka yang terpahat disana meskipun cuma 2 tahun sahaja aku belajar disana.


Pihak pengurusan telah merancang untuk mengadakan Hari Terbuka Asrama. Kami seronok kerana inilah peluang ibu bapa boleh menziarahi kawasan asrama dan melihat kemudahan yang disediakan untuk kami sepanjang berada diasrama.


Pada malam sebelum majlis berlangsung, aku bersama beberapa rakan sebilik telah merancang pelbagai agenda (agenda makan-makanlah..) selepas majlis pelancaran di dewan sekolah. Aku,Suhaimi dan Faizul lengkap berbaju melayu menuju ke dewan untuk melihat pelbagai acara yang berlangsung sebelum acara menjamu selera. Kebetulan aku tidak bersarapan pagi..mesti lapar dan inilah peluang aku nak makan banyak pun,getus hatiku.


Sebagai ketua bilik, nama aku dipanggil naik ke pentas untuk menerima cenderahati. Aku telah berpesan kepada dua orang rakanku itu, sebaik saja lepas aku terima cenderahati, kami bertiga terus menuju ke asrama perempuan yang menjadi lokasi jamuan pada hari itu. Makan dan ambil sebanyak yang mungkin makanan yang terhidang itu. Bawa balik kat asrama, boleh makan waktu terluang sementara nak tidur...baik punya pelan!!


Sebaik keluar dewan, kedua-dua kawanku hilang entah kemana. Aku keseorang menuju ke dewan makan asrama. Sambil mencari rakan-rakan lain. Dihati masih lagi membara untuk menikmati sepuasnya makanan yang dihidangkan terutamanya kuih kegemaranku-seri muka dan kuih gulung (ketayap)..tak sabar rasanya.


Didewan itu, aku memilih barisan hidangan yang paling lengang. Aku terus menujui kuih kegemaranku..huh sedapnya..dan secawan teh o....lega rasanya..namun tiba-tiba.....


Rosnani rakan sekelasku menegurku. Bagiku tak kisahlah sebab aku dah kenal sangat dengan dia. Namun ada perkhabaran lain yang membuatkan aku terkedu dan merencatkan selera makanku. Hilang segala selera...aku mencari rakan-rakanku...ahhh..apa aku nak buat?


"Ada orang nak bergambar dengan kau,kau sudi?" Tanya Rosnani

Biasalah,aku kan lelaki..berlagak macholah. Lagipun bukan aku yang pinta.

" Siapa?" Tanyaku ringkas.

"Adalah. Kau sudi tak?"..Aduh, Rosnani...yang kau jadi posmen ni kenapalah pulak....aku mulai resah dan berpeluh.....

"Tetapi siapa? Kau pastikah aku yang dimaksudkan? Kau jangan bergurau".Aku mencari kepastian.

" Aku pasti dan memang kau. Kau tunggu sekejap". Jelas Rosnani sambil berlalu meninggalkan aku yang masih berteka-teki. Jantungku berdegup kencang. Aku masih mencari wajah-wajah itu. Tidak juga ku temui. Betulke ni...pelbagai persoalan bermain dimindaku....


Tiba-tiba " Ok, ready" Kata jurukamera (aku pun tak ingat siapa dah..). Ketika itu aku dapat rasakan kehadiran seseorang berdiri disebelah kananku."1,2,3..klik!"( masa tu mana ada kamera digital). Aku jadi terpaku. Aku langsung tidak memandang kepada individu yang disebelahku. Aku cuma mampu mendegar ucapan "terima kasih" dan aku membalasnya "sama-sama". Itu sahaja. Aku kaget..Selepas kumpulan Rosnani berlalu meninggalkan aku yang masih terpingga-pinga itu, aku pun berlalu meninggalkan dewan makan itu dengan seribu teka-teki. Melangkah keluar tanpa membawa balik sebarang kuih kegemaran seperti yang kami rancang malam tadi.


Bagi aku, kalau ia berdiri disebelah kananku bermakna ia adalah kawan biasa. Kalau disebelah kiri ia kawan istimewa. Itu tafsiran cinta aku. (Eh, aku ada perasaan cintake?) Memandangkan, ia berdiri disebelah kanan, lantaklah..apa aku nak kisah. Itukan kawan (mengikut istilah yang aku berikan), kenapa aku nak semakkan kepala memikirkan yang bukan-bukan.


Dan sehingga kini aku tidak tahu siapakah yang berdiri disebelah kananku itu. Walaupun aku cuba bertanyakan sendiri kepada Rosnani namun dia tetap merahsiakan. Aku sekadar berteka-teki dan mengandaikan sahaja...Sehingga kini ia tetap menjadi misteri...aku pun dah tak kisah...Nantilah,kalau aku jumpa Rosnani aku cuba tanya dan flashback kenangan itu..


Namun yang pasti ia antara 1001 kenanganku yang terakam indah untuk dikenangi....